Sunday 31 July 2011

Khutbah di ambang Ramadan

RAMADHAN MENAMATKAN PERHAMBAAN DIRI [ 29 JULAI 2011 ] MASJID AL-KAUTHAR


اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِىْ فَتَحَ أَبْوَابَ الْمَغْفِرَةِ فِى رَمَضَانَ وَجَعَلَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ, يُضَاعِفُ لِمَنْ يَّشَاءُ أَجْرَهُ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّّهُمَّ صَلِّ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى ألِهِ وَأَصْحَابِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ الصَّائِمُوْنَ، إِتَّقُوْا اللهَ، وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ramai dikalangan peminat Skuad Harimau Malaya merasa kecewa dan sedih yang amat sangat semalam. Kecewa lantaran skuad kebangsaan berhadapan dengan kekalahan secara agregat 4-6 dengan Singapura. Merasa sedih dan pilu kerana kita hilang kelayakan untuk beraksi di peringkat kumpulan, ke Piala Dunia di Brazil pada 2014 nanti. Ada yang kecewa betul, seolah-olah inilah kerugian yang amat besar sekali dalam hidupnya. Seakan-akan hidup ini tiada erti lagi buatnya. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri, pernah menyatakan ada 3 jenis kerugian yang paling memufliskan manusia itu sendiri. Sabda nabi SAW : 
اُحْضُرُوا الْمِنْبَرَ فَحَضَرْنَا ، فَلَمَّا ارْتَقَى دَرَجَةً قَالَ آمِينَ فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّانِيَةَ قَالَ آمِينَ ، فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّالِثَةَ قَالَ آمِينَ ، فَلَمَّا نَزَلَ : قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ سَمِعْنَا مِنْك الْيَوْمَ شَيْئًا مَا كُنَّا نَسْمَعُهُ ، قَالَ : إنَّ جِبْرِيلَ عَرَضَ لِي فَقَالَ : بَعُدَ مَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ، قُلْت آمِينَ ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّانِيَةَ قَالَ : بَعُدَ مَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْك ، قُلْت آمِينَ ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّالِثَةَ قَالَ : بَعُدَ مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَهُ الْكِبَرُ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ قُلْت آمِينَ } .

Sabda Nabi SAW bersabda: "Berkumpullah kamu semua di Masjid. Tatkala Baginda menaiki mimbar, Baginda menyebut Amin, bila naik kepada anak tangga kedua, Nabi menyebut Amin, dan bila naik ke anak tangga ke3, sekali lagi Baginda menyebut Amin. Setelah Baginda turun, barulah kami bertanyakan Baginda berkaitan peristiwa tadi. Nabi menjawab “ Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat keampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan : Amin!. Aku pun mengatakan: Amin.Golongan kedua ialah, mereka yang apabila disebut namamu, mereka tidak berselawat kepadamu wahai Muhammad. Aku pun mengaminkannya. Golongan yang ketiga ialah mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa, tapi tidak berbuat baik & ihsan kepada mereka, hingga akhirnya dia tak dapat memasuki Syurga [ kerana kelalaiannya itu ], Aku pun mengaminkannya"
(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)" 'Lihat kitab An Nasha i'hud Diniyyah, hlm. 37-39. 
3 golongan inilah yang sepatutnya lebih bersedih dan berdukacita . Skuad Harimau Malaya masih punya 5 tahun lagi untuk mematangkan lagi mutu permainan mereka. Tapi 3 golongan yang disebutkan dalam hadis diatas inilah sebenarnya 3 golongan utama yang rugi didunia & akhirat, والعياذ بالله . Tidak ada lagi pilihan buat mereka.
 
معشر المسلمين رحمكم الله
 
Ramadhan bakal menjelang dalam 2 hari lagi. Tetapi ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya 
.
Sejarah mencatatkan, pada tahun 1961 umat Islam digemparkan apabila Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba, telah mengeluarkan perintah melarang rakyatnya, terutama dari kalangan kakitangan awam daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan perintah ini, Habib Bourguiba telah muncul bersama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai dengan mesej, “kami memaksudkan apa yang kami kata!”
Alasan Habib Bourguiba menghalang puasa di bulan Ramadhan itu ialah, puasa mengurangkan produktiviti negara!
معشر المسلمين رحمكم الله
 
Maka, apakah pendirian kita sekarang ? Apakah kita bercita-cita untuk melihat ada ahli masyarakat di negara ini yang menjejaki polisi Habib Bourguiba? Naudhubillah min Dzaalik!
Kita mungkin marah dengan Habib Bourguiba. Pandangannya itu amat bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Malah ia menyalahi seluruh catatan sejarah umat Islam. Apakah Habib Bourguiba tidak tahu, bahawa di bulan puasa itulah, umat Islam mencapai kemenangan di dalam Perang Badar? 
Kota Mekah dibebaskan di bulan Ramadhan. Ketibaan Islam di Andalus dan mengasaskan pemerintahan Islam 700 tahun, berlaku di bulan Ramadhan. Peperangan Ain Jalut yang menumpaskan pengganas Tatar berlaku di bulan Ramadhan. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi juga berlaku di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang hebat bagi umat Islam.
Apakah Habib Bourguiba buta sejarah?
Beliau mungkin buta sejarah. Beliau juga mungkin tidak buta sejarah. Namun apa yang penting ialah, ia adalah SEJARAH. Ia buat semasa. Ia bukan kita. Ia adalah sejarah.
Bagaimana pula dengan apa yang ada di depan mata?
Lupakan seketika Tunisia. Lihat sahaja budaya kita di Malaysia. Apakah kita hebat di bulan Ramadhan? Apakah kita produktif di bulan Ramadhan? Di bulan Ramadhan, mesyuarat sangat sukar untuk dijayakan kerana semua orang kebuntuan idea, menguap dan tumpul kepala di dalamnya. Di bulan Ramadhan, kita tangguhkan projek-projek penting kepada tarikh selepas raya. Jika di bulan lain kita habis bekerja pada jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan.
Tidakkah semua itu mengiyakan apa yang didakwa oleh Habib Bourguiba? Tidakkah semua itu petanda bahawa kita memang tidak produktif di bulan Ramadhan? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.
Namun, silapnya Habib Bourguiba itu adalah pada kedunguannya menyalahkan puasa dan Islam. Suatu pemikiran yang cacat.
معشر المسلمين رحمكم الله
 
Jika anda melihat sebuah kereta Mercedez terbengkalai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan syarikat Mercedez dan teknologinya? Mustahil. Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez. Sebaliknya kita akan tunding kesalahan itu kepada pemandunya. Setelah diberi Mercedez, masih boleh melanggar tiang lampu. Tetapi bagaimana pula dengan Islam dan Muslim? Mengapakah dek kerana kelemahan umat Islam, kecacatan umat Islam, justeru Islam yang dipersalahkan?
Sidang Jumaat sekalian.
Jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, buktikanlah ia. Jangan bergantung hanya kepada hujah kata-kata bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Sejarah semata-mata. Sebaliknya buktikan dengan perbuatan, Ramadhan menambah kualiti diri, bukannya mengundang malas, lesu dan hilang produktiviti.
Marilah kita menghayati sejenak Khutbah Nabi yang disampaikan pada hari terakhir Sya’ban di zaman keemasan:
خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي آخِرِ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ فَقَالَ : يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ، شَهْرٌ جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً ، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا ، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنْ الْخَيْرِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ، وَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيهِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ، 
Rasulullah saw. memberikan sambutannya menjelang Bulan Suci Ramadhan. “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban.
وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ ، وَشَهْرُ يُزَادُ فِي رِزْقِ الْمُؤْمِنِ فِيهِ ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ ، وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنْ النَّارِ ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ ،
Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah surga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang dimana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (Hadis Riwayat Khuzaimah)
معشر المسلمين رحمكم الله

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.
Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.
Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu.
Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan
Rasulullah sendiri pernah menegaskan; لويعلم الناس ما في شهر رمضان من الخير لتمنت أمتي أن يكون رمضان السنة كلها “Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita. Mati datang tidak menentu. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa bersedia.
Rebutlah peluang semasa hayat masih ada ini supaya di akhirat kita tidak menyesal dengan sesalan yang tiada gunanya lagi.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Kerajaan Atur Banyak Program Untuk Bantu Rakyat, Kata Musa

Kerajaan telah mengatur banyak program untuk membantu rakyat yang berminat dalam perniagaan terutama perniagaan kecil-kecilan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kerajaan negeri dan pusat melalui agensi-agensinya turut memberi bimbingan dan latihan kemahiran serta bantuan modal untuk mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Musa mengingatkan mereka yang baru berjinak dalam bidang perniagaan supaya bersifat jujur dan ikhlas kerana kejayaan tidak dicapai dalam sekelip mata tanpa menempuh pelbagai cubaan dan rintangan.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Program Juara Rakyat, Bulan Ekonomi dan Keusahawan anjuran Umno Tawau di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau semalam.

Bulan ekonomi dan keusahawanan merupakan kemuncak program Juara Rakyat Umno Bahagian Tawau, telah menarik penyertaan seramai 60 syarikat, usahawan kecil dan agensi kerajaan dan bank.

Ketua Menteri berkata menerusi program itu, agensi kerajaan dan pengusaha kecil dapat bersemuka di samping menjadi platform untuk pemimpin bertemu rakyat.

Dalam pada itu, Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, turut mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan janji-janji manis pihak pembangkang.

Katanya pada pilihan raya umum akan datang, rakyat tidak harus memberi mandat kepada mana-mana parti pembangkang di negeri ini untuk mewakili mereka demi kesinambungan pembangunan di Sabah.

Friday 29 July 2011

Empat pondan diberkas ketika ligat cari pelanggan

Empat pondan yang dipercayai sedang ligat mencari pelanggan di sekitar Bandar Sabindo di sini, diberkas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tawau, pada malam kelmarin.


Kesemua lelaki itu yang berpakaian dan bermekap seperti wanita, dicekup hasil penyamaran anggota JHEAINS dan Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau (MPT), kira-kira pukul 11 malam.

Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tawau, Abdul Imam Basirun berkata, kesemua pondan terbabit berusia dalam 20-an dan hanya seorang daripada mereka yang memiliki dokumen pengenalan diri.

"Tindakan kesemua pondan itu memakai pakaian wanita merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 92, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

"Di bawah peruntukan undang-undang tersebut, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi itu di sini.

Operasi yang disertai oleh lebih 20 penguat kuasa MPT dan JHEAINS itu, turut disertai oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang JHEAINS, Awang Syairin Awang Bakar.
Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa MPT, Azinun Sanarul berkata, operasi itu bertujuan bagi membersihkan kawasan Sabindo daripada menjadi 'sarang' pondan.

"Saya juga amat berterima kasih kepada pihak JHEAINS khasnya kepada Abdul Imam kerana sentiasa memberi kerjasama kepada pihak kita, dalam operasi-operasi yang diadakan.

"Kita berharap kerjasama tersebut akan berterusan demi memastikan bandar Tawau bebas daripada aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral," katanya.

Thursday 28 July 2011

Sedco rancang bina lima R&R dalam RMK-10

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) merancang membina lima lagi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).


Pengerusi Sedco, Datuk Mohd. Ariffin Arif berkata, kini pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan bersesuaian di seluruh negeri bagi dibina dengan kemudahan itu.

"Kita merancang membina lima lagi R&R di Sipitang, Nabawan, Sandakan, Maliau Basin dan Tenom dalam RMK-10. Pembinaan akan dilaksanakan secara berperingkat sebaik sahaja mendapat kelulusan dan peruntukan," katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap R&R yang dibina memerlukan kos antara RM3 juta dan RM5 juta.

Katanya, pelbagai kemudahan akan dibina di kawasan R&R berkenaan bagi kemudahan pengguna jalan raya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kini terdapat lebih 10 R&R dibina di seluruh negeri oleh Sedco.

Jelasnya, pembinaan R&R itu mendapat sambutan yang baik daripada pengguna jalan raya dan masyarakat setempat.

Sementara itu, beliau berkata, selain untuk kemudahan penguna jalan raya, pembinaan R&R telah membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

Ujarnya, penubuhan R&R bukan sahaja membuka banyak peluang perniagaan tetapi secara tidak langsung memajukan kawasan berhampiran.

Wednesday 27 July 2011

Seorang Terbunuh, Tiga Cedera Ditembak Di Laut

Seorang pemancing terbunuh manakala tiga rakannya berjaya menyelamatkan diri selepas ditembak oleh dua lelaki dalam satu kejadian di perairan Kilometer 8, Jalan Apas, dekat sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa yang terbunuh yang hanya dikenali sebagai Rambo, 40-an, terkena tembakan di bahagian kaki sebelum terjatuh ke dalam laut.

Mayat mangsa telah ditemui oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 1.37 tengah hari tadi selepas gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin ketika mengesahkan kejadian itu berkata Selasa, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu kira-kira 11 malam daripada tiga rakan mangsa yang berjaya menyelamatkan diri.

Katanya sebelum kejadian keempat-empat mangsa yang berumur lingkungan 20-an hingga 40-an sedang memancing di perairan berkenaan apabila mereka dihampiri oleh sebuah bot yang dinaiki dua lelaki dengan memiliki senjata api.

Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan lalu mengenai kaki salah seorang mangsa menyebabkannya erjatuh ke laut.

Katanya melihat keadaan merbahaya itu, tiga rakan mangsa terus terjun ke laut untuk menyelamatkan diri dengan berenang sehingga ke tebing untuk meminta bantuan.

Menurutnya salah seorang daripada mangsa kini menerima rawatan di Hospital Besar Tawau manakala dua lagi dirawat sebagai pesakit luar.

Ibrahim berkata, sebuah bot jongkong bersama dua buah enjin sangkut berkuasa kuda 40 dan 18 bernilai RM10,000 milik keempat-empat mangsa turut dilaporkan hilang dipercayai dilarikan kedua-dua suspek.

Bagaimanapun, Ibrahim menggesa nelayan dan pengusaha industri pelancongan agar tidak gusar dan bimbang dengan tahap keselamatan di perairan Tawau kerana kes dilihat lebih kepada bermotifkan dendam.

Tuesday 26 July 2011

Lebih 10,000 Hektar Hutan Simpan Di Sabah Dipulih

Sebanyak 10,255 hektar hutan di kawasan Hutan Simpan Kalabakan di sini yang mengalami kemusnahan teruk telah dipulihkan melalui projek Innoprise-IKEA (INIKEA) yang dimulakan pada 1998.

Pengarah Yayasan Sabah Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul berkata keluasan itu adalah sebahagian daripada 18,511 hektar hutan di bawah konsesi Yayasan Sabah yang dirancang untuk dipulihkan melalui projek berkenaan.

"Projek ini bertujuan mempercepatkan proses pemulihan hutan yang mengalami kemusnahan teruk dengan menggunakan kaedah penanaman semula pokok dan pencegahan kemusnahan spesies pokok tempatan, terutama spesies pokok ipterokarpa dan bukan dipterokarpa, serta dalam kes tertentu, pokok buah-buahan liar.

"Kaedah ini digunakan untuk memperkenalkan kembali spesies yang musnah akibat kegiatan pembalakan dan kebakaran hutan. Di mana perlu, benih pelbagai pokok dari kawasan lain juga digunakan untuk menambah kepelbagaian genetik di kawasan hutan yang mengalami kemusnahan," katanya.

Kanak-kanak Rakyat Malaysia Tanpa Dokumen Boleh Masuk Sekolah Kerajaan

Kanak-kanak yang status kewarganegaraannya tidak jelas namun salah seorang ibu bapanya adalah warganegara Malaysia boleh diterima masuk ke sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perkara berkenaan telah menjadi dasar kerajaan sejak tahun 2008.

"Surat perkeliling bekas Ketua Pengarah Pelajaran bertarikh 11 Mac 2009 jelas mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Persekolahan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen di sini Selasa.

Beliau berkata dari tahun 2009 hingga tahun ini, Jabatan Pelajaran Daerah (PPD) Tawau telah merekodkan 105 kanak-kanak tanpa dokumen dan berstatus tidak pasti dan 94 orang daripadanya telah diterima masuk sekolah.

Katanya mana-mana pelajar yang berstatus tidak jelas dan dokumen mereka masih dalam penyiasatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga boleh diterima sehingga keputusan muktamad dikeluarkan jabatan berkenaan.

"Komitmen yang diberikan oleh kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Kalabakan dan Tawau dengan PPD sangat positif dalam perkara pendidikan," katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Adun Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Infrastuktur yang juga Adun Merotai Pang Yuk Ming.

Monday 25 July 2011

Membangun estet rumpai laut

diambil dari : Utusan Malaysia

Sejarah rumpai laut di Malaysia bermula sejak tahun 1978 lagi di Pulau Karindingan, Semporna Sabah.

Ketika itu rumpai laut ditemui tumbuh secara semula jadi dan taburan rumpai laut tersebut telah ditemui oleh seorang penyelidik dari Universiti Hawaii iaitu Profesor Maxwell S. Doty.

Beliau telah membawa balik sampel rumpai laut ke makmal di Amerika Syarikat untuk tujuan identifikasi dan menamakannya sebagai Kappaphycus alvarezii.

Nama tersebut adalah sempena nama seorang ahli biologi dari Filipina iaitu Vicente Alvarez.

Selepas identifikasi tersebut, rumpai laut dari jenis Kappaphycus alvarezii diperkenalkan secara meluas di Sabah dan ia mula dikomersialkan pada tahun 1989.


Rumpai laut merah 


Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood, industri rumpai laut telah dikenalpasti dapat memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

"Industri ini mempunyai nilai komersial berdasarkan kegunaannya sebagai bahan mentah bagi penghasilan produk farmaseutikal, kosmeseutikal dan nutraseutikal.

"Malaysia juga merupakan antara negara penyumbang kepada pengeluaran rumpai laut merah dari spesies Eucheuma dan Kappaphycus," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis pelancaran Pameran Rumpai Laut yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Tawau, Sabah baru-baru ini.

Khasiat rumpai laut sememangnya telah diketahui umum, ia kaya dengan vitamin A,C dan E serta memiliki peranan penting dalam pelbagai industri seperti makanan, tekstil, cat, perubatan dan sebagainya.

Pada tahun lalu pengeluaran rumpai ,laut ialah kira-kira 20,000 tan metrik bernilai RM60 juta.

Perusahaan tersebut kini telah menjadi sumber pendapatan kepada lebih 1,000 nelayan yang mengusahakan hampir 7,000 hektar kawasan pengkulturan rumpai laut di sekitar perairan Pantai Timur Sabah.

Daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu di Sabah merupakan kawasan yang amat sesuai untuk pengkulturan rumpai laut kerana kedudukannya di dalam kawasan Segitiga Batu Karang yang dikongsi antara Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Malah, Sabah juga merupakan antara negeri yang memiliki pesisir pantai yang luas berbanding negeri-negeri lain di negara ini iaitu seluas 47,000 kilometer.

Menurut Noh, Jabatan Perikanan telah mengenal pasti lebih daripada 80,000 hektar kawasan perairan pantai Sabah yang berpotensi untuk dimajukan dalam projek pengkulturan rumpai laut secara komersial.
"Hari ini projek pengkulturan rumpai laut telah sedia menjadi salah satu landskap pembangunan sosio-ekonomi di perairan pantai Semporna.

"Kementerian Pertanian sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri sama ada begitu yakin menyambut tanggungjawab untuk menjayakan rumpai laut sebagai salah satu komoditi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," katanya.

Namun, perusahaan rumpai laut oleh nelayan tempatan masih dilakukan secara kaedah pengkulturan tradisional dan begitu juga dengan pengendalian hasilnya.
Ia sekali gus mewujudkan keadaan pergantungan kepada tenaga buruh yang terlalu ramai dan kualiti hasil yang tidak terjamin.

Pengeluaran rumpai laut dijangka meningkat daripada 20 ribu tan metrik pada tahun 2010 kepada 39 ribu tan metrik pada tahun 2020 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 10 peratus setahun.

Mini Estet 

Peningkatan tersebut akan tercapai melalui pertambahan kawasan termasuk pembukaan kawasan baru di Semenanjung Malaysia.
Antara spesies yang akan dikembangkan adalah dari spesies Gracillaria khusus untuk kawasan pengkulturan di Semenanjung dan Sarawak.
Bagi mencapai sasaran 39 ribu tan metrik pada tahun 2020, Jabatan Perikanan melalui Jabatan Perikanan Negeri Sabah telah merancang pembangunan yang tersusun melalui Zon Industri Rumpai Laut Negara.
Ia akan dilengkapi infrastruktur asas dan lain-lain sistem sokongan industri dengan perbelanjaan awal sebanyak RM7.15 juta bagi memacu industri rumpai laut di Sabah.

Jabatan Perikanan turut bekerjasama dengan beberapa institusi penyelidikan tempatan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), SIRIM Berhad dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Pada masa yang sama jabatan turut menubuhkan Jawatan Kuasa Teknikal Rumpai Laut sejak tahun 2008 lagi.

Ia bertujuan menjalankan usaha kajian dan pembangunan (R&D) rumpai laut dalam pelbagai komponen rantaian nilai industri.

Antaranya, R&D bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang memberi komitmen untuk mewujudkan teknologi pengkulturan bagi merangsang pengeluaran rumpai laut dari spesies Gracilaria.

Kerjasama jabatan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula akan membangunkan dua projek iaitu Projek Penghasilan Teknologi Pembenihan spesies Eucheuma dan Kappaphycus yang berkualiti tinggi.

Manakala satu lagi adalah Projek Pengkulturan Rumpai Laut Secara Mini Estet membabitkan kos keseluruhan projek sebanyak RM4.51 juta.

Kedua-dua projek tersebut dijangka memberi manfaat kepada hampir 1,000 orang pengusaha rumpai laut.

Turut terlibat adalah SIRIM Berhad dalam enam program yang melibatkan pembangunan teknologi pengkulturan, pengendalian hasil, pemprosesan, penjenamaan dan pembungkusan.

Kebanyakan hasil program ini akan diperhalusi sebelum ia dikembangkan kepada pihak industri.

Sesungguhnya tanpa kerjasama daripada pihak yang terlibat, pembangunan industri rumpai laut negara pasti akan bergerak perlahan.

Namun apa yang lebih penting, pembangunan industri rumpai laut ini mampu memberi impak positif dari segi peningkatan taraf hidup rakyat serta ekonomi negara.

Sunday 24 July 2011

Tawau dijadikan transit dadah


Polis mengenal pasti beberapa sindiket yang dipercayai menggunakan Tawau sebagai transit penyeludupan dadah ke Kalimantan Timur, Indonesia, terutama ke Nunukan dan Tarakan.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata sindiket itu merupakan rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa yang cuba menyeludup dadah dari negara luar ke Kalimantan melalui Tawau.


"Kita memang ada kerjasama dengan Indonesia sama ada di peringkat negara, negeri dan daerah termasuk pintu masuk di Tawau ini untuk mengekang kegiatan ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah peringkat Daerah Tawau di sini hari ini. Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Konsul Indonesia di Tawau, Widoratno Rahendra Djaya, yang menjadi tetamu pada majlis berkenaan, yang mendedahkan bahawa setakat Julai tahun ini, pihak berkuasa Indonesia berjaya mematahkan empat cubaan membawa masuk dadah ke Nunukan, ada di antaranya menggunakan feri penumpang dari Tawau.


Menurut Widoratno, kes terbesar dipatahkan pihak berkuasa Indonesia setakat ini ialah rampasan dadah jenis heroin seberat 1.4 kilogram di Nunukan melibatkan seorang penumpang feri rakyat Indonesia yang baru tiba dari Tawau

Saturday 23 July 2011

Konsul Indonesia Di Tawau Gesa Pekerja Indonesia Patuhi Program 5P

Semua kira-kira 50,000 pekerja rakyat Indonesia yang bekerja di pelbagai sektor di Tawau digesa mendaftar dengan Jabatan Imigresen melalui program Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan, Penguakuasaan dan Pengusiran (5P) kerajaan Malaysia.

Konsul Indonesia di Tawau, Widoratno Rahendra Djaya, berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mesej 5P berkenaan sampai kepada rakyat Indonesia dan keluar beramai-ramai mendaftar.

"Kita memang amat berharap program 5P ini berjaya sepenuhnya dengan pendaftaran (pendatang asing tanpa izin) mencapai tahap optimum. Jadi kerjasama daripada pihak majikan dan media massa juga diperlukan agar maklumat program 5P ini sampai kepada pekerja," katanya.

Widoratno berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Kempen Pencegahan Janayah, anjuran Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini hari ini.

Menurutnya memandangkan program berkenaan sudah berjalan seminggu, PATI dari negara berkenaan tidak harus menunggu hingga saat-saat akhir untuk mendaftar bagi mengelak kesesakan atau sebarang kerumitan yang boleh menyusahkan diri sendiri.

Program 5P di seluruh Sabah bermula pada 18 Julai lalu dan akan berakhir pada 1 Ogos depan.

SESB Tambah 20MW Hujung 2011

Pengarah Urusan SESB Datuk Ir Baharin Din berkata projek bernilai RM164.9 juta itu dijangka dapat dimulakan pada penghujung bulan Disember tahun depan dan seterusnya meningkatkan lagi kapasiti janaan tenaga di Sabah.

“Projek itu merupakan projek biomas keempat di Sabah selepas TSH Power (Tawau), Seguntor Power dan Kinabio Power di Sandakan yang mana masing-masing mempunyai kapsiti janaan sebanyak 10MW,” katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Baharin berkata dalam perjanjian tersebut, syarikat Eco Biomass Power Sdn Bhd bersetuju membekalkan bekalan elektrik yang dijana melalui sisa kelapa sawit (EFB) kepada SESB melalui sistem Grid Sabah selama 21 tahun.

Tenaga yang boleh diperbaharui (RE) merupakan salah satu sumber tenaga dalam Dasar Lima Bahan Api Kerajaan Malaysia selain daripada minyak diesel, hidro, gas dan arang batu.

Mengikut dasar tenaga yang boleh diperbaharui yang sedang berkuat kuasa ketika ini, sasaran penggunaan RE ialah 5.0 peratus daripada jumlah kapasiti janaan negara.

Baharin berkata, sejak 2002, SESB menandatangani lima Perjanjian Pembelian Tenaga yang boleh diperbaharui yang membabitkan Penjana Kuasa Bebas (IPP) dan SESB kini sedang berbincang dengan 10 syarikat lagi untuk membangunkan stesen janakuasa berasaskan tenaga yang boleh diperbaharui seperti biomas, biogas, hidro dan geotermal.

Setakat ini, katanya 32MW telah disalurkan ke Sistem Grid Sabah oleh tiga syarikat yang menggunakan sumber biomas dan satu syarikat menggunakan hidro.

Ini merupakan 2.8 peratus daripada kapasiti janaan yang sedia ada di negeri Sabah berbanding dengan hanya 0.5 peratus pada peringkat kebangsaan, katanya.

Justeru itu, Baharin berkata negeri Sabah kini merupakan peneraju dalam penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui sebagai sumber janaan untuk sistem pembekalan elektrik di negara ini.

Beliau berkata SESB telah menggunakan semua tenaga yang dijana dari stesen janakuasa tenaga yang boleh diperbaharui, sekaligus menunjukkan kesungguhan SESB untuk menyumbang ke arah penggunaan teknologi hijau secara berkesan.

Thursday 21 July 2011

Tuntutan Bertindih Di Laut China Selatan Mungkin Cetuskan Konflik -Zahid

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan akan berlakunya konflik berhubung tuntutan bertindih di Laut China Selatan (LCS).

Beliau berkata konflik itu mungkin akan berlaku dalam tempoh lima tahun atau satu dekad akan datang ekoran berlakunya pertindihan kuasa antara pihak-pihak berkepentingan di LCS.

"Masalah ini timbul apabila China hadapi masalah dengan Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam, Thailand dan Kemboja (negara-negara yang berkepentingan di Laut China Selatan).

"Peristiwa yang berlaku baru-baru ini (iaitu) apabila kabel untuk cari gali kepunyaan Vietnam telah dipotong oleh Tentera Laut China dan di Filipina mereka telah memulakan untuk mengambil pulau di sana," katanya pada sesi taklimat OP Pandanan And Sipadan Resort (PASIR) di Kem Kukusan di sini, hari Khamis.

Ahmad Zahid berkata Persidangan Menteri-menteri Luar Asean di Nusa Dua, Bali, Indonesia, baru-baru ini telah mengenal pasti LCS akan mengalami masalah besar.

"Negara China telah meletakkan beberapa ketumbukan tentera lautnya di pulau-pulau yang bertindih tuntutannya," katanya dan menurutnya China merasakan Laut China Selatan penting bagi negaranya ekoran terdapat sumber asli yang mampu menjana pendapatan bagi republik itu.

"Mereka merasakan LCS (Laut China Selatan) penting kerana difahamkan terdapat hampir 300 bilion tong minyak dan lebih 600 bilion (tong) gas," katanya.

Pada 20 Julai lepas, pegawai kanan Asean dan China telah mencapai satu kesepakatan yang bersejarah berhubung garis panduan pelaksanaan Deklarasi mengenai Tata Laku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan.

Walaupun masih di peringkat awal, dokumen itu membawa harapan untuk resolusi keamanan bagi tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

Terdahulu, Ahamd Zahid memberi taklimat mengenai OP PASIR bagi mendedahkan kepada pengamal media tentang operasi Angkatan Tentera Malaysia dalam menangani ancaman-ancaman yang berlaku di pulau-pulau sekitar Sabah.

Hukum Memberi Salam Kepada "Non Muslim"



A. HUKUM MEMULAKAN SALAM KEPADA NON MUSLIM
------------------------------------------------------------
Ada 2 pendapat dalam memulakan ucapan salam kepada non muslim itu, yaitu :
1] diperbolehkan
2] tidak diperbolehkan
1). pendapat yg memperbolehkan 
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (27)} [النور : 27] 
”Wahai orang-orang yang telah beriman, janganlah memasuki rumah-rumah selain dari rumah kamu, sehingga kamu meminta izin dahulu dan memberi salam kepada penghuninya; itu lebih baik bagi kamu, mudah-mudahan kamu mengingat.” (Quran 24:27)

{وَقِيلِهِ يَا رَبِّ إِنَّ هَؤُلَاءِ قَوْمٌ لَا يُؤْمِنُونَ (88) فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ (89)} [الزخرف : 88 - 89]

Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!”

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ‘Selamat tingallah!’ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya),”

- melihat kepada ketiadaan larangan khusus dalam masalah ini sebagai dalil mengharuskannya. 

- menerima lafaz umum al-Quran, yang meminta umatnya bercakap dengan perkataan yang baik
berdasarkan HADIS NABI SAW yaitu:


Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya” (HR. Muslim dan Tirmidzi)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

Maukah kamu aku kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Yaitu sebarkanlah salam di antara kamu”(HR. Muslim)
Wahai manusia, sebarkanlah ucapan salam, hubungkanlah tali kekerabatan, berilah makanan, dan sholatlah pada waktu malam ketika orang-orang tengah tertidur, engkau akan masuk surga dengan selamat” (HR. Muslim)
“sesungguhnya seseorang itu akan mendapat balasan sesuai apa yang telah diniatkannya” (HR. Bukhori dan Muslim).

KOMENTAR PARA ULAMA

1) Imam Ibnul Qayyim dalam kitab Zaadul Ma'aad jilid 2 halaman 424 menuliskan bahwa sebagian ulama membolehkan untuk mendahului non muslim dalam memberi salam demi kemashlahatan yang kuat dan nyata amat diperlukan, atau karena kwatir dari ulah non muslim itu, atau karena adanya hubungan kekerabatan dengan mereka. Atau karena sebab-sebab lain yang seperti itu.

2) Imam Al-Qurtubi menyebutkan nama beberapa ulama salaf yang membolehkan memberi salam kepada non muslim. Di anataranya Ibnu Mas,ud,Hasan Al Basri, Nakahei, dan Umar Abdul Aziz.

3) Ibnu Hajar Al-asqalani menyebutkan di dalam kitabnya FathulBari bahawa Abu Umamah dan Ibnu Uyainah berpendapat sedemikian.

4) Abu Umamah berkata: Sesunguhnya Allah Taala menjadikan salam ini adalah untuk tahiyah(sambutan) kepada kita dan keamanan kepada orang bukan Islam(zimmi).

5) Imam Al Qaradawi telah membincangkan perkara ini di dalam kitabnya yang bernilai Fikh Jihad

6) begitu juga dengan Professor Dr Saadudin Hilali di dalam kitabnya Huququl Insan secara jelas yang boleh melegakan hati kita.

Imam Al-Qaradawi menyatakan bahawa sekumpulan ulama salaf berpendapat bahawa harus memberi salam kepada orang bukan Islam. Mereka berhujjah dengan beberpa ayat Al-Quran:

1: {لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8)} [الممتحنة : 8]

Terjemahan: Allah tidak melarang kamu kalian berbakti kepada mereka yang tidak memerangi dan tidak mengeluarkan kamu kalian daripada rumah-rumah kamu. Al- Mumtahanah ayat8.
Di antara melakukan kebaikan adalah memberi salam kepada mereka.

2: {قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا (47)} [مريم : 47]

terjemahan: (kata-kata Nabi Ibrahim kepada ayahnya walaupun dia kafir)

Selamatlah ke atas kamu, aku akan meminta ampun kepada Tuhanku untuk kamu. Maryam ayat47.

3: {وَقِيلِهِ يَا رَبِّ إِنَّ هَؤُلَاءِ قَوْمٌ لَا يُؤْمِنُونَ (88) فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ (89)} [الزخرف : 88 - 89]

Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!”

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ‘Selamat tingallah!’ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya),”
WAJAH ISTIDLAL :

1- Tiada larangan khusus dalam masalah ini , jadi sebahagian daripada Ulama' mengharuskannya
2- Menerima lafaz umum al-Quran yang meminta umatnya bercakap dengan perkara yang baik

2). Pendapat yang tidak memperbolehkan
berdasarkan hadits Nabi yaitu:

لا تبدأوا اليهود والنصارى بالسلام

"Janganlah kalian memulai kaum yahudi dan jangan pula kaum nashrani dengan ucapan salam "
[Hadits Riwayat Muslim dalam As-Salam 2167]

KOMENTAR SYEIKH YUSUF AL-QARADAWI :
mengikut Imam Qaradawi,ia terbatas pada hari-hari peperangan sahaja. Ini kita boleh ketahui dengan meneliti keadaan hadis ini di mana Nabi ingin menuju ketempat yahudi, Nabi berkata “ Aku akan pergi menunggang esok menuju kegolongan yahudi,jangan mulakan mereka dengan salam”

Kalau kita perhatikan kata-kata Nabi, ini berlaku kerana Nabi ingin menghukum mereka kerana mengkhianati Nabi di dalam peperangan Azhab.

TEKS DALAM FIQAH INTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM [ USTAZ MOHAMMAD NIZAM ABD KADIR – UIA]

- Namun pengharaman ini dibantahi dengan sebab wurud hadis [ sebab terbitnya hadis], iaitu kaitannya dengan Peperangan Bani Quraizah . Dalam peperangan itu, Yahudi Bani Quraizah telah mengkhianati Rasulullah dan Umat Islam. Ini bermakna sebelum peperangan tersebut, umat Islam telah mengamalkan budaya memberi salam kepada non-Muslim
[ halaman 22]

2- Surat Nabi kepada masyarakat Kuffar / non-Muslim ketika itu :
سلام على من اتبع الهدى
" Sejahteralah keatas mereka yang mengikuti petunjuk "

3- Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin menjawab :
Mendahului mengucapkan salam kepada orang non muslim adalah haram dan tidak boleh. Sebab Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berkata : “Janganlah kamu memulai salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kamu bertemu mereka disuatu jalan, maka paksalah mereka kepada jalannya yang paling sempit.”
Juga tidak boleh memulai ucapan: Ahlan wa sahlan atau ucapan lain yang senada kepada mereka. Sebab di dalam ucapan ini terkandung pemuliaan dan pengagungan terhadap mereka. Tetapi apabila mereka lebih dahulu menyampaikan tersebut kepada kita, maka kita dapat membalasnya seperti apa yang dikatakan kepada kita.
Sebab Islam datang dengan membawa keadilan dan memberikan haknya kepada setiap orang yang memang berhak. Dan, sebagaimana yang sudah diketahui, orang-orang muslim lebih tinggi kedudukan serta martabatnya di sisi Allah. Maka tak selayaknya mereka merendahkan diri kepada orang-orang non muslim, dengan mengucapkan salam terlebih dahulu.

Kesimpulan jawaban ini dapat saya katakan, “Orang muslim tidak boleh memulai ucapan salam kepada orang-orang non-Muslim. Sebab Nabi Shallallahu alaaihi wa sallam melarang hal itu, disamping hal itu merendahkan martabat orang muslim bila harus mengagungkan orang non-muslim.

Orang muslim lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah. Maka tidak selayaknya dia merendahkan diri dalam hal ini. Tetapi apabilamereka yang lebih dahulu mengucapkan salam kepada kita, maka kita boleh membalasnya seperti salam yang mereka ucapkan.

Kita juga tidak boleh lebih dulu memberi penghormatan kepada mereka, seperti ucapan ahlan wa sahlan wa marhaban (selamat datang), atau yang serupa dengan itu. Karena hal ini mengagungkan diri mereka seperti halnya salam.

(Sumber : Majmu’ Fatawa wa Rasa’il Fadhilatisy- Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin.)

KESIMPULAN 
Apapun pertikaian pendapat para Ulama', eloklah diambil jalan tengah. Suasana Nusantara & Malaysia, tidak menunjukkan lafaz Salam yang sama dengan Tanah Arab.

Adapun Salam dengan lafaz " Assalamua'laikum " biarlah khusus untuk orang Islam sahaja.

Namunb, tidak menjadi masalah, jika kita bertegas untuk menggunakan lafaz ini ketika memberi salam kepada non-Muslim, kerana ia masih dalam ruang lingkup perbezaan pendapat para Ulama'.

Wednesday 20 July 2011

Lebih 300 Peserta Jayakan Konvoi Amal Tawaufm Dan Pemuda PKBS

Lebih 300 peserta melibatkan 170 kenderaan akan menjayakan konvoi amal anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Tawau dengan kerjasama Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) pada 23 Julai ini.

Pengurus Penyiaran Tawau Aris Arapa berkata Konvoi Amal & Aman Rakan Muda@Tawaufm Bersama Pemuda PKBS itu akan bermula di Kampung Paris, Kinabatangan dengan 20 kenderaan pacuan empat roda sebelum disertai 150 kenderaan apabila tiba di Bandar Sri Indah, Tawau.

Beliau berkata konvoi sejauh lebih 200 kilometer itu, yang bertujuan mempromosi Stesen Radio Malaysia Tawaufm kepada pendengar terutama golongan muda serta menyemai semangat perpaduan yang utuh di kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan etnik dalam program amal, akan berakhir di pejabat RTM Tawau.

Aris berkata konvoi berkenaan akan menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk dibawa ke Tawau di dua lokasi persinggahan iaitu di Bandar Sri Perdana di Lahad Datu dan Kunak.

"Semua sumbangan yang diperoleh sepanjang perjalanan dari Kampung Paris hingga ke Tawau akan diserah kepada penerima di Tawau, antaranya Rumah Warga Tua Jalan Air Panas, Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Sri Stella, Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah, Jalan Apas dan Madrasah Tahfiz Kampung Pitas, Bombalai," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Monday 18 July 2011

47 Ditahan Dalam OPS Kuturaya

SERAMAI 47 orang pengemis, penjual rokok haram dan orang kurang siuman ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar bandar Tawau semalam.

Operasi dua jam sekitar bandar yang diketuai oleh Ahmad Razalie, pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat itu turut membabitkan petugas dari Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara, Kastam, Jabatan Kesihatan, Imigresen dan polis.

Ahmad Razalie berkata operasi itu bertujuan membersihkan bandar Tawau daripada pengemis, orang kurang siuman, kutu rayau serta penjual rokok haram dan antara yang ditahan termasuk kanak-kanak berumur enam tahun.

"Jabatan Kebajikan banyak menerima aduan daripada orang ramai berkaitan gangguan orang kurang siuman dan golongan pengemis kanak-kanak di sekitar bandar," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Katanya semua yang ditahan berumur antara enam dan 45 tahun.

Thursday 14 July 2011

Jenayah Tawau turun 35.38 peratus

Indeks jenayah keseluruhan di Tawau turun 35.38 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin.
Katanya, dari Januari hingga semalam, jumlah kes jenayah yang dilaporkan di Tawau ialah 389 kes berbanding 601 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Jumlah kes jenayah jalanan seperti samun tanpa senjata, samun berkumpulan dan ragut dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini pula ialah 33 kes berbanding 76 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.
Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Sisatan Jenayah Daerah Tawau, Deputi Supritendan Saches @ Sasis AK Semol, yang bertukar ke Limbang, Sarawak sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah.

Jawatan Saches kini dipangku Asisten Supritendan Ridzuan Khalid. – Bernama

Monday 11 July 2011

Ketua Pemuda PAS Sabah ditahan pakai baju Bersih

diambil dari : PASTAWAU

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan seorang lagi aktivis Pemuda PAS ditahan oleh pihak polis sekitar jam 4.30 petang semalam ketika sedang minum di sebuah restoran di Alam Mesra.


Penangkapan Lahirul atas alasan beliau memakai baju Bersih2.0 manakala seorang lagi aktivis yang dikenali sebagai Mustaman hanya memakai baju-T biasa ketika ditahan.


Lahirul dan Mustaman terus dibawa ke Balai Polis Alam Mesra untuk siasatan lanjut.

Beberapa orang pemuda daripada PAS dan AMK turut hadir ke Balai Polis Alam Mesra untuk mengikuti perkembangan penangkapan tersebut.

Mereka agak hairan mengapa kedua-dua aktivis pemuda tersebut dalam keadaan bergari ketika dibawa keluar dari Balai Polis Alam Mesra untuk dipindahkan ke IPD Karamunsing.

Menurut maklumat seorang peguam daripada Barisan Peguam Pakatan Rakyat Sabah, mereka berdua akan ditahan sehingga keesokan pagi dan dilanjutkan ke mahkamah untuk prosedur seterusnya pada hari yang sama.

Pemimpin kanan PAS negeri yang awal sampai ialah Hisammuddin Sulaiman ke Balai Polis Alam Mesra untuk mengikuti perkembangan itu.

Turut serta ialah Ketua Pemuda PAS Pensiangan.

Konsert Def Gab C di Tawau

diambil dari : puadede.com

MANTAP dan hebat, semoga Def Gab C akan terus bertahan lama dalam industri muzik tanahair. Tanpa semangat dan perjuangan seni daripada mereka, peminat muzik rock khususnya di Tawau pastinya akan sunyi sepi. Bukan memuji, tapi inilah kenyataan akan apa yang aku saksikan sepanjang keberadaan Def Gab C yang membuat konsertnya di Fire, semalam.

Saat aku menyiapkan entry ini, lagu-lagu yang dipersembahkan tadi masih terngiang-ngiang senikata dan iramanya. Kenapa? Kerana Def Gab C begitu dekat di hati peminat, layanan mereka terhadap peminat begitu mencuit hati. Untuk menyanyikan lagu popular mereka yang lama; cinta sakti, matamu merah, marilah maria, arigato, ibu kota cinta dengan mudah mendapat sorakan.
Apatah lagi untuk turut menyanyi bersama… Asheed sememangnya bijak memainkan peranan, interaksi bersama peminat tidak ada yang kelihatan kekok. Asheed bukanlah asing di kalangan peminat di Tawau kerana dia pernah turut membuat persembahan semasa Festival Kebudayaan Tawau, namun rakan Def Gab C yang lain, ini adalah pertama kali buat mereka semenjak 15 tahun Def Gab C ditubuhkan.
Lagu baru dari album Neolitic Def Gab C
Bertuahlah sangat apabila empat lagu baru dipersembahkan Def Gab C buat pertama kalinya dalam konsert itu iaitu lagu Cinta di mana, Rinai, Walaupun dan Tunggu aku. Menurut Eddy, album Neolitic akan dilancarkan pada akhir bulan ini dan meskipun begitu, selain dari konsert, peminat juga sudah boleh mendengarnya melalui corong radio. Ini disahkan oleh DJ Aziyan, seorang teman yang bekerja di Tawau FM.
Def Gab C akan tetap di hati peminatnya.
Jika JS Kevin masih ada, dia pasti akan berbangga dengan anak didiknya ini kerana meskipun menyepi selama hampir 5 tahun, lagu-lagunya masih mekar diingatan peminat. Malah, empat lagu baru yang diperdengarkan buat pertama kalinya di dalam konsert itu di Tawau sudah menjawab hala-tuju Def Gab C selepas ini. Def Gab C akan tetap mendapat sambutan kerana mereka adalah Def Gab C yang dikenali oleh peminatnya.
Meskipun Cha’a masuk menggantikan pemain gitar utama, Jemboo dan Atong menggantikan drummer Lee Space, ia bukanlah halangan untuk Def Gab C beraksi hebat. Keserasian dan kelebihan ahli baru itu menyuntik kehebatan Def Gab C untuk terus mekar dalam perjuangan seni muzik. Cha’a yang dahulunya dari Kumpulan Flop Poppy dan Atong dari underground band unik kerana kemampuan mereka mencipta dan mewarnai setiap lagu-lagu baru Def Gab C. Ini diakui sendiri anggota lama Def Gab C iaitu vokalistnya, Asheed dan juga Eddy (gitar bass)
Apa kata peminat Def Gab C di Tawau.
Ikon Entertainment yang bertanggungjawab membawa Def Gab C ke Tawau turut berbangga dengan pencapaian Def Gab C dan bagi pengurusnya, Encik Asdar Sulaiman, Def Gab C sememangnya band rock yang membuktikan mereka sebaris dengan kupulan rock ternama dalam industri.
“Memang tidak sia-sia membawa Def Gab C ke Tawau kerana mereka telah memberi yang terbaik dalam show,” katanya ketika ditemui selepas konsert.
Dalam suasana leka berhibur, aku sempat merakamkan beberapa gambar Def Gab C dan aku sempat mencuri dengar perbualan;
“Punya best Asheed nyanyi, sama macam dalam CD. Album baru dorang ni mesti mau beli,”
“Belum keluar lagi album dorang, akhir bulan baru dijual. Kita bah yang pertama dengar dalam konsert lagu baru dorang ni,”
“Oh yakah. Cayalah…,”
Apa kata ibunda Atong, drummer Def Gab C.
Aku sempat bertemu dan bersalam dengan ibunda Atong, yang sanggup turun menyaksikan anaknya beraksi di pentas. Apa yang aku saksikan dan dengari, ibunda Atong sememangnya berbangga dengan apa yang dilakukan oleh anaknya itu.
“Meskipun Atong sudah lama tidak balik Tawau, kerinduan auntie kepadanya terubat malah begitu berbangga dengan Atong ini,”
“Dia masih seperti dulu, menghormati orang tua, tidak berkasar dengan adik-beradiknya, malah menghargai sokongan kawan-kawannya,”
Aiman, rakan Atong juga mengakui Atong tidak berubah.
“Atong tidak sombong, dia tidak berubah walaupun sudah pemes. Ada kawan yang kerja di shell juga kasitau, Atong yang tegurnya dulu, dia masih ingat semua kawan-kawannya,”
.
Fakta menarik mengenai Def Gab C
  1. Kesemua ahli Def Gab C boleh mencipta lagu.
  2. Asheed dan Eddy adalah anggota lama Def Gab C.
  3. Atong dan Cha’a adalah ahli baru Def Gab C.
  4. Kesemua ahli Def Gab C mempunyai PR yang baik dalam berkomunikasi.
  5. Untuk album Neolitic, Asheed telah mewarnakan rambutnya.
  6. Suara hati adalah gabungan lagu dari kesemua ahli Def Gab C manakala liriknya dari Asheed.
  7. Atong memerlukan 8 set stick drum setiap kali practise mahupun membuat konsert.
  8. Nama “Def Gab C” diilhamkan oleh JS Kevin yang diambil dari not lagu.