Wednesday 3 August 2011

Faedah Bersiwak Dengan Kayu Sugi


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau
tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali
hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan
bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan
merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

"Bersugilah kamu, sesungguhnya didalamnya terdapat kebaikan dan
keredhaan dari Allah swt." sabda Rasulullah saw (diriwayatkan oleh Ibnu
Abbas ra)

*APA ITU BERSUGI?*

Bersugi adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

*HUKUM BERSUGI*

1. Sunat - hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi
masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak
mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau
mulut.

2. Makruh - Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan)
atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.

*CARA BERSUGI*



*HIKMAH DAN FAEDAH BERSUGI*

1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient
makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya
gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk
membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar
kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh
berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan
mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

*ADAB BERSUGI*

1. niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan Allah swt.
2. baca bismillah dan selawat Nabi.
3. basuh kayu sugi sebelum dan selepas di gunakan.

*TAHUKAH ANDA?*

Kajian klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian
(Pencegahan), Universiti King Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan
bersugi mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak, gusi
berdarah, gigi haus dan kesakitan gigi. (Arabnews)



*RAHSIA SAINTIFIK KAYU SUGI*
Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan
mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui
cara gosokan.

Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai
penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.





Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan
elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh
bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.
Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan
melalui gosokan atau tekanan.

*Kesan Gigi Mendapat Elektron*

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak
menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk
mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh
itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk
menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron
boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut
bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak
dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi,
bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu
menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan
gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat
renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok
kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.


*Teknik Menggosok (Bersiwak)*

Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara
elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap
spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.

Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk
menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila
hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang
terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang
masih padat.

Tiga ADUN, 1MP; Tapi Semporna Terbiar!


KENDATIPUN pekan Semporna diwakili oleh tiga orang Adun iaitu Bugaya, Senallang, Sulabayan dan seorang Ahli Parlimen (Semporna) tetapi tidak ada seorangpun yang prihatin terhadap masalah prasarana yang dihadapi penduduk Semporna.

Buktinya, lopak besar di jantung pekan Semporna terbiar begitu sahaja tanpa ada usaha walau seorangpun wakil rakyatnya yang berusaha untuk memastikan lopak kerbau berkenaan ditutup dan diselenggarakan.

Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh membidas kesemua wakil rakyat di Semporna kerana membiarkan lopak besar sebesar lubang kubur di hadapan Milimewa dan lebih 20 lubang di tengah pekan Semporna.

“Kita kesal kerana tidak ada pihak yang mahu tampil menyelesaikan masalah ini kerana setiap wakil rakyat menuding jari sesama sendiri siapa yang patut menyelenggarakan Pekan Sampah Semporna, sehingga jalan di dalam pekan langsung tidak diselenggara,” kata Abdullahsani yang juga Pengerusi Local Community Forum Tun Sakaran Marin Parks.

Menurut Abdullahsani, beliau sering dilontarkan pelbagai soalan oleh para pelancong dan rakyat tempatan berhubung keadaan pekan Semporna yang bukan sahaja mempunyai dua menteri penuh di peringkat negeri dan persekutuan, malah empat Wakil rakyat; namun tidak seorangpun yang peka dan prihatin terhadap rungutan rakyat dan pelancong.

Kesemua wakil rakyat, kata Abdullahsani masing-masing sibuk dengan urusan mereka di ibu negeri dan ibu kota dan hanya kembali ke Semporna secara senyap-senyap seperti kelawar dan meninggalkan Semporna seperti pencuri tanpa sempat berjumpa rakyat.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar Majlis Daerah dan Jabatan Kerjaraya segera membaiki jalan di dalam Pekan Semporna yang tidak ubah seperti sebuah perkampungan di Filipina Selatan.

“Semporna mempunyai aset pelancongan semula jadi kelas dunia; tetapi oleh kerana pekan Semporna begitu mundur dan daif, maka rakyat Semporna tidak mendapat manfaat langsung daripada pelancong yang hanya ke Sipadan dan pulang tanpa membelanjakan wang mereka di Pekan Semporna,” ujar Abdullahsani yang agak kesal dengan senario yang berlaku.

diambil dari : Sabahkini.net

Tuesday 2 August 2011

TawauKini akan mula beroperasi tidak lama lagi



TawauKini.com akan mula beroperasi tak lama lagi.


Mana mana individu yang mempunyai pandangan, berita atau artikel yang hendak disiarkan disini boleh menghubungi kami sekaligus membantu menjayakan projek ini yang hendak melaporkan berita tanpa berpihak kepada mana mana pihak.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai kami, e-mail kami di : admin@tawaukini.com

Kami juga sedang giat mencari penulis penulis berbakat untuk dilibatkan di dalam projek ini.

Buat masa ini, laman ini masih dalam proses pengemaskinian data. Namun begitu, maklumat baru tetap akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

Terima kasih atas sokongan semua.

Kompleks Sukan Tawau

Kompleks Sukan Tawau merupakan pusat sukan di daerah Tawau, Sabah. Pusat ini mempunyai kemudahan seperti padang bola sepak, hoki, bola keranjang dan olahraga. Kompleks sukan ini telah digunakan untuk pelbagai jenis acara seperti kejohanan Majlis Sukan Sekolah Gabungan Tawau.

Kompleks ini juga pernah digunakan Sabah FA untuk kejohanan Liga Malaysia. Padang bola sepak Kompleks Sukan Tawau berkapasiti 15,000. Perlawanan bola sepak rasmi yang pertama berlangsung disini ialah perlawanan Piala Malaysia 2007 antara Sabah FA dan Negeri Sembilan FA.

Sepuluh Keutamaan Orang-orang Yang Berpuasa







الحمدُ لله اللطيفِ الرؤوفِ المَنَّانِ، الْغَنِيِّ القويِّ السِّلْطَان، الحَلِيمِ الكَرِيم الرحيم الرحمن .أحْمَدُه على الصفاتِ الكاملةِ الحِسَان، وأشكرُه على نِعَمِهِ السَّابغةِ وبَالشَّكرِ يزيد العطاء والامْتِنَان، وأشهد أن لا إله إلاَّ الله وحْدَه لا شريكَ له المَلِكُ الدَّيَّان، وأشهد أنَّ محمداً عَبْدُهُ ورسولُهُ المبعوثُ إلى الإِنس والجان، صلَّى الله عليه وعلى آله وأصحابه والتابعينَ لهم بإحسان ما توالت الأزمان، وسلَّم تسليماً. أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Syeikh Muhammad b. Habib Alwi A-Malaki menukilkan dalam Kitabnya yang masyhur
Khasâisul Ummatil Muhammadiyah, berkaitan tentang puasa bertitik tolak dari Al Quran dan As Sunnah. Seterusnya beliau menyenaraikan beberapa keutamaan orang-orang yang berpuasa yang ada pada umat ini.
معشر المسلمين رحمكم الله
Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang dinamai Al Rayyan. Berhubung dengan pintu ini, marilah kita menghayati hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Sahl bin Sa’ad :
: ِإنَّ فِي الَجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُeقال الرسول يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُوْنَ؟ فَيَدْخُلُوْنَ مِنْهُ : فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌرواه ومسلم
Maksudnya : Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kokoh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). Dalam Hadis yang dinyatakan oleh Usman B. Abil Ash, Rasul menambahkan pula bahwa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).
فَقَالَ عُثْمَانُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الصِّيَامُ جُنَّةٌ كَجُنَّةِ أَحَدِكُمْ مِنْ الْقِتَالِ
معشر المسلمين رحمكم الله
Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik. Sehingga Rasul bertutur demikian,
خُلُوف فِم الصائِم أطيبُ عند الله من ريح المسْك “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”[Drpd Abi Hurairah , diriwayatkan oleh Imam Ahmad]
Keempat, Dalam sebuah Hadis Qudsi yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Allah berfirman “
لِلصائمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهما؛ إِذَا أفْطَرَ فرحَ بِفطْرهِ، وإِذَا لَقِي ربَّه فرُح بصومِهِ».
Yg bermaksud “Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. “ Orang yang berpuasa dalam santapan sungkainya melahirkankan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan karena telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya.
معشر المسلمين رحمكم الله
Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit. Hal ini telah diperakui oleh Tabib-tabib terkemuka zaman dahulu dengan ungkapan mereka “ ( صوموا تصحوا ) “Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” Perlu diingatkan, ungkapan ini bukanlah Hadis Nabi, tapi adalah pengalaman yang telah dibuktikan secara kajian perubatan. Rahsia kesihatan di sebalik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mendap dan terkumpul dalam tubuh dan mengosongkan unsur-unsur kotor lainnya dari dalam tubuh manusia.
Menurut para ulama’, puasa ialah kemudahan kesihatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. Bila badan semakin sihat, maka banyaklah ibadat didirikan. Semakin banyak ibadat itu, semakin tinggilah nilai ketaqwaan kita.
Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat bahan bakaran api neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).
معشر المسلمين رحمكم الله
Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman,
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).
Sebagian ulama ahli tafsir diantaranya Ibnu Abbas, Ibnu Masu’ud, Sufyan as-Sauri dan ad-Dhahhak, menerangkan bahwa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan di sini, adalah bahwa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakukan seharian, seperti makan, minum, mendatangi istri di siang hari, serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.
Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Karenanya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna. Maka diamnya itu, adalah ibadah. Tetapi alangkah baiknya andai masa itu diisi dengan bacaan al-quran, lagilah berlipat kali ganda pahalanya.
معشر المسلمين رحمكم الله
Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahwa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama seperti dengan orang yang berpuasa itu sendiri meskipun dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi menjelaskan “من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
Kesepuluh, Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka
Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Monday 1 August 2011

Program Juara Rakyat “Ekonomi dan Keusahawanan” UMNO Tawau

Program Juara Rakyat “Ekonomi dan Keusahawanan” UMNO Tawau 2011 berlangsung dengan jayanya kelmarin di Dataran Majlis Perbandaran Tawau. Program anjuran Biro Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Tawau yang dipengerusikan Tn Hj Nizam ABT bermula sejak pagi hari lagi dengan penganjuran Seminar Ekonomi yang dihadiri lebih 100 usahawan kecil . Sepanjang hari pula, pameran perkhidmatan keusahawanan, produk IKS, agensi Kerajaan, institusi perbankan juga terus berlangsung dengan lebih 60 gerai pameran yang dikunjungi orang ramai.

Kemuncak program disebelah malam adalah Perasmian Program Juara Rakyat yang disempurnakan sendiri oleh YAB DSP Musa Hj Aman, Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua Menteri yang dihadiri lebih 20,000 warga Tawau. Dalam ucapan perasmiannya, DSP Musa menyatakan hasrat Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan demi meningkatkan penguasaan ekuiti ekonomi semua golongan . Sehubungan itu, kerajaan telah dan akan terus menyediakan pelbagai peluang termasuk penyediaan dana berbentuk geran maupun pinjaman untuk membantu modal perniagaan bagi usahawan yang layak. Pada masa yang sama, DSP Musa juga menasihatkan usahawan dan bakal usahawan agar mengamalkan sikap Berdisiplin, Jujur dan Bersungguh-sungguh dalam menjalani kehidupan sebagai usahawanan.

DSP Musa juga turut menasihatkan rakyat terus bersatu-padu bagi memastikan keamanan yang sedia ada di negara ini akan berterusan untuk melahirkan suasana yang kondusif bagi penggalakan peningkatan ekonomi dan kehadiran pelabur-pelabur.

Program malam tersebut juga turut diisi dengan penyampaian Dana Pinjaman dari Yayasan Usaha Maju, BSN, MARA kepada beberapa usahawan dan penyampaian Anugerah Usahawan Cemerlang kepada usahawan berjaya dalam bidang-bidang tertentu. Sempena bulan Ramadhan , beberapa golongan miskin dari pelbagai suku-kaum dan agama juga menerima bantuan tunai dan beras yang disampaikan oleh YAB DSP Musa Hj Aman.