Wednesday 3 August 2011

Faedah Bersiwak Dengan Kayu Sugi


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau
tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali
hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan
bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan
merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

"Bersugilah kamu, sesungguhnya didalamnya terdapat kebaikan dan
keredhaan dari Allah swt." sabda Rasulullah saw (diriwayatkan oleh Ibnu
Abbas ra)

*APA ITU BERSUGI?*

Bersugi adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

*HUKUM BERSUGI*

1. Sunat - hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi
masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak
mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau
mulut.

2. Makruh - Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan)
atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.

*CARA BERSUGI*



*HIKMAH DAN FAEDAH BERSUGI*

1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient
makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya
gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk
membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar
kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh
berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan
mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

*ADAB BERSUGI*

1. niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan Allah swt.
2. baca bismillah dan selawat Nabi.
3. basuh kayu sugi sebelum dan selepas di gunakan.

*TAHUKAH ANDA?*

Kajian klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian
(Pencegahan), Universiti King Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan
bersugi mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak, gusi
berdarah, gigi haus dan kesakitan gigi. (Arabnews)



*RAHSIA SAINTIFIK KAYU SUGI*
Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan
mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui
cara gosokan.

Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai
penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.





Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan
elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh
bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.
Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan
melalui gosokan atau tekanan.

*Kesan Gigi Mendapat Elektron*

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak
menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk
mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh
itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk
menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron
boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut
bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak
dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi,
bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu
menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan
gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat
renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok
kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.


*Teknik Menggosok (Bersiwak)*

Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara
elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap
spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.

Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk
menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila
hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang
terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang
masih padat.

Komen Anda

0 Responses to "Faedah Bersiwak Dengan Kayu Sugi"